comscore
Tumpuan :
Sukan

Zii Jia dapat ‘tonik’ ke Olimpik Paris

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Lee Zii Jia cemerlang untuk menjuarai Badminton Terbuka Australia di Sydney sebentar tadi dan pasti menyemarakkan semangatnya menghadapi Sukan Olimpik Paris bulan depan.

Lebih manis Zii Jia melakar kejuaraan dengan mengejutkan pemain nombor enam dunia Kodai Naraoka dari Jepun.

Berhempas pulas untuk menang 21-19 pada set pertama, Zii Jia terus ditentang hebat Naraoka yang menguasai set kedua 21-11.

Set penentuan nyata mendebarkan namun Zii Jia membuktikan lebih unggul memastikan gelaran miliknya, menamatkan set penentuan 21-18 selepas pertarungan keseluruhan 1 jam 18 minit.

Sebagai rekod ini kejuaraan kedua Zii Jia tahun ini selepas memang Terbuka Thailand bulan lepas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini