comscore
Tumpuan :
Sukan

Zamsaham tak jadi jual Kelantan FC

Zamsaham batal hasrat jual Kelantan FC. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman membatalkan hasratnya untuk menjual kelab itu sekali gus kekal selaku pemilik The Red Warriors (TRW).

Keputusan itu dibuatnya selepas tiada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih kelab itu selepas beliau membuat tawaran selama seminggu.

Malah, keputusan itu turut didorong susulan pertemuannya dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Genap sudah tujuh hari (pada hari Selasa), yang bercakap dan komen ramai tetapi sayangnya tiada seorang pun yang nak ambil risiko keluar duit atau pendek cerita ambil alih sepenuhnya A – Z Kelab TRW Kelantan FC daripada saya.

“Maka, selepas berjumpa dengan DYMM TMJ semalam, saya dapat semangat baru, inspirasi untuk saya teruskan menerajui kelab ini dan buat yang terbaik. Mungkin tak sekelip mata tapi berperingkat dan berfasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Norizam yang turut dikenali sebagai Zamsaham turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kelantan yang terus menyokong TRW.

Minggu lalu, Norizam mengumumkan sedia untuk melepas sepenuhnya saham pasukan TRW sekiranya ada pihak yang merasakan dia tidak lagi layak menjadi pemilik kelab berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Norizam turut berkongsi kekecewaan yang dirasai penyokong susulan prestasi buruk pasukan selain turut berdepan krisis luar padang membabitkan bekas jurulatih.

Loading...
Terkini