comscore
Tumpuan :
Sukan

Xin Yee kejutkan pilihan kelapan untuk mara ke suku akhir

XIN Yee mara ke suku akhir selepas bangkit menewaskan pemain Thailand.- FOTO IHSAN FACEBOOK BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Ong Xin Yee mencipta sensasi mara ke suku akhir Kejohanan Malaysia Super 100 selepas mengejutkan pilihan kelapan dari Thailand, Lalinrat Chaiwan.

Bagaimanapun, ia bukanlah kemenangan mudah buat pemain berusia 18 tahun itu apabila tewas set pertama sebelum bangkit memenangi dua set berikutnya 16-21, 22-20, 21-12 dalam masa 53 minit pada pusingan kedua di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Menurut Xin Yee, nasihat jurulatih banyak membantu permainannya kali ini agar dapat mengawal tempo permainan dengan baik, sekali gus memastikan kemenangan.

“Saya tidak fikir terlalu banyak siapa lawan dan saya berikan yang terbaik dalam perlawanan ini.

“Malah saya tidak terlalu tunduk (menghormati lawan) selain berikan segalanya dan pada saya, lawan tidak bermain dengan baik hari ini.

“Jurulatih pesan jangan terlalu banyak berfikir serta membantu dari segi taktikal dan komunikasi di gelanggang,” katanya.

Di suku akhir esok, Xin Yee dijadual menentang pemain Jepun, Akari Kurihara yang menyingkirkan wakil Taiwan, Lee Yu-Hsuan 21-12,21-19.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini