Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
BANGKOK: Pasukan kebangsaan menembusi gawang Laos buat kali kedua dalam aksi persahabatan antarabangsa menjadikan kedudukan semasa 2-1.
Stuart Wilkin yang cuba membawa masuk bola ke dalam kotak penalti lawan dibentes memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti minit (m) ke-63.
Tugasan tersebut disempurnakan sebaiknya pemain tengah itu membolehkan skuad bimbingan Pau Marti Vicente kembali meletakkan pasukan mendahului 2-1.
Harith Haiqal Adam Afkar menjaringkan gol pembukaan ketika permainan berusia enam minit sebelum disamakan Kydavone Souvanny m-33 di di Port Authority of Thailand (PAT) Stadium.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.