comscore
Tumpuan :
Sukan

Wei Chong-Kai Wun gagal lepasi suku akhir Terbuka Switzerland

FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara,  Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang tampil selaku pilihan keenam  terpaksa akur gagal melepasi suku akhir Terbuka Switzerland selepas tewas kepada pasangan Indonesia di  arena St Jakobshalle, Basel, sebentar tadi.

Berdepan gandingan Leo Carnando-Daniel Marthin, beregu negara nyata sukar mengawal permainan menyaksikan mereka tewas mudah 21-14 kepada pilihan ke-3 itu.

Cuba bangkit pada set kedua, semuanya sudah terlambat, Wei Chong-Kai Wun tewas 21-23 pada pertarungan yang berlanjutan 41 minit.

Cabaran Malaysia pada suku akhir malam ini akan diteruskan tiga lagi beregu, pasangan lelaki Choong Hon Jian-Muhammad Haikal dan gandingan campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lan dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Soon Huat-Shevon akan menentang pasangan Denmark Mathias Christiansen-Alexandra Boje manakala Tang Jie-Ee Wei bertemu Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand.

Hon Jian-Haikal pula berdepan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini