Tumpuan :
Sukan

Wai Ching tamatkan cabaran, bakal tersenarai dalam Guinness World Records

FOTO: BERNAMA

Oleh Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya menamatkan cabaran ‘Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Di Atas Mesin Tangga Dalam Satu Jam (Lelaki) di Technogym Experience Centre, Bangsar, malam tadi.

Wai Ching melakukan jarak sejauh 1.649 kilometer (km) sekaligus bakal disenaraikan dalam Guinness World Records (GWR).

Jarak itu akan dinilai pihak GWR menerusi bukti video dalam tempoh dua bulan, sebelum ia boleh disahkan secara rasmi.

Lebih menarik, cabaran yang dilakukan Wai Ching itu bersamaan dengan empat kali ketinggian Menara Kuala Lumpur.

“Hari ini (semalam) sebenarnya sasar 1.75 km tetapi capai 1.649 km secara tidak rasmi.

“Mereka (GWR) akan memeriksa data itu dan sekurang-kurangya saya capai rekod yang ditetapkan.

“Sebenarnya saya baru balik dari Estonia, Isnin lalu dan sekiranya saya ada lebih masa untuk melakukan persiapan, saya percaya mampu melakukan jarak 1.75 km atau mungkin 1.80 km,” katanya.

Untuk rekod, nama Wai Ching pernah tercatat dalam Guinness World Records untuk cabaran pendakian tangga menegak dalam tempoh satu jam dengan jarak 1.295 km di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur pada November 2020.

Bagaimanapun atlet Sepanyol, Christian Rodriguez mengatasi rekod itu dengan jarak 1.457 km, November tahun lalu.

Loading...
Terkini