comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Skuad footgolf wanita kebangsaan kini juara Asia

KUALA LUMPUR: Skuad footgolf wanita kebangsaan kini bergelar juara Asia apabila mengejutkan juara dunia 2023, Jepun di pentas final kejohanan Footgolf Piala Asia 2024 di The Els Club, Desaru, Johor.

Skuad yang dibarisi pemain bolasepak kebangsaan, Steffi Siddhu, Fatin Shahida dan Nisa Alina terlebih dahulu mengikat Jepun 1-1 dalam masa sebenar sebelum melakar kemenangan 2-0 pada aksi play-off.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami skuad footgolf lelaki kebangsaan dalam kategori terbuka dan senior.

Kategori terbuka lelaki menyaksikan pertarungan hebat Malaysia menentang Jepun apabila terikat 3-3 selepas tamat kesemua perlawanan.

Tetapi, pengalaman menjadi pemisah apabila pemain harapan Jepun, Takuya Kumakura dengan tenang menyempurnakan sepakan terakhir dalam aksi play-off di lubang 18.

Bagi kategori lelaki senior, Jepun sekali lagi menjadi penghalang Malaysia apabila menang dengan keputusan 2-1.

Kejayaan itu bukan sahaja menutup kekecewaan Jepun ke atas skuad negara dalam aksi kumpulan acara Single dan Fourballs, tetapi lebih manis pasukan dari negara matahari terbit itu kini berbangga dengan gelaran juara baharu Asia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini