Tumpuan :
Sukan

Uzbekistan tak pandang ‘sebelah mata’ ancaman Harimau Muda

Skuad B-23 negara diberi taklimat oleh barisan kejurulatihan kendalian Juan Torres Garrido di Al Ersal, Doha, sebagai persiapan terakhir menentang Uzbekistan malam esok.-Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Meskipun skuad bawah 23 (B-23) negara dilihat paling ‘lemah’ dalam saingan Kumpulan D Piala Asia B-23 di Doha, Uzebekistan yang membuka kempennya berdepan pasukan B-23 negara malam esok tidak sesekali mengambil mudah.

Jurulatih Uzbekistan Timur Kapadze berkata, Malaysia boleh menjadi duri dalam daging buat pasukannya jika terlalu memandang mudah saingan diberikan pasukan terbabit.

Beliau berkata, perlawanan pertama cukup penting dalam usaha meniup semangat anak buahnya untuk meraih keputusan positif pada baki perlawanan menentang Vietnam dan Kuwait kelak

“Saya tidak anggap perlawanan pertama mudah kerana setiap pasukan ada sasaran iaitu mahu meraih kemenangan. Oleh itu, kita perlu menghormati semua pasukan.

“Setakat ini, semua pemain berada dalam kondisi terbaik dan sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pertama esok. Kemenangan pertama memberi motivasi kepada pemain,” katanya, katanya, dalam sidang media pra-perlawanan kumpulan D Piala Asia B-23, di Qatar.

Skuad Harimau Muda dijadual  menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa jam sembilan malam esok,  diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

Tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda pada kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini