comscore
Tumpuan :
Sukan

USM meriahkan Kejohanan Waja Diri kali ke-10

GEORGE TOWN: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) akan memeriahkan Kejohanan Waja Diri (KWD) kali ke-10 dengan menghantar 10 orang ahli skuad Putera dan 10 orang ahli skuad Puteri.

Penyertaan mereka sebagai tanda komitmen Universiti Sains Malaysia (USM)  dalam mengangkat martabat seni bela diri dan melahirkan pelajar yang memperkasakan kebudayaan.

Sebagai sokongan kepada pasukan silatnya, berlangsung Majlis Penyerahan Bendera (USM) kepada pasukan demonstrasi PSSCMU baru-baru ini.

Ia disempurnakan Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-10 (KWD-10) merupakan program peringkat kebangsaan dibawah anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

KWD merupakan pertandingan demonstrasi yang melibatkan skuad demonstrasi PSSCM dari seluruh kelas latihan cawangan negeri, sekolah (Tunas Cekak) dan IPT di seluruh Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi tuan rumah KWD yang kali pertama dianjurkan pada 2007.

Manakala pada tahun ini  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan kali ke-10 ini pada 9 hingga 10 Ogos ini.

Harapan USM simbolik penyerahan bendera ini dapat memberi suntikan motivasi dan inspirasi kepada ahli PSSCMUSM agar dapat memberikan prestasi yang terbaik dalam kejohanan itu nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini