comscore
Tumpuan :
Sukan

United sudah capai persetujuan dapatkan Amorim

FOTO: Reuters

LONDON: Ruben Amorim bakal diumum sebagai pengurus baharu Manchester United selepas kelab itu mencapai persetujuan dengan Sporting Lisbon, menurut laporan.

The Athletic melaporkan bahawa pengurus berusia 39 tahun itu akan kekal bersama pendahulu liga Portugal untuk tiga perlawanan seterusnya, termasuk perlawanan Liga Juara-Juara minggu depan menentang Manchester City.

Beliau dijangka mengambil alih tugas di Old Trafford semasa rehat antarabangsa November ini, dengan perlawanan pertamanya bersama United dijadualkan menentang Ipswich di tempat lawan pada 24 November.

Difahamkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membayar Sporting tambahan 1 juta euro (RM4.7 juta) selain daripada klausa pelepasan bernilai 10 juta euro (RM47.5 juta) untuk melepaskannya lebih awal.

United menamatkan khidmat Erik ten Hag sebagai pengurus selepas kekalahan 1-2 kepada West Ham, Isnin lalu yang menyebabkan mereka berada di tangga ke-14 dalam Liga Perdana.

Kemudian, Amorim pantas muncul sebagai pilihan utama United.

Pengurus sementara United, Ruud van Nistelrooy, mengetuai kemenangan 5-2 ke atas Leicester pada pusingan keempat Piala Liga, awal pagi tadi.

“Saya datang ke sini sebagai pembantu untuk membantu kelab. Saya membantu selagi diperlukan dan pada masa depan, dalam apa jua kapasiti, saya di sini untuk membantu kelab,” kata Van Nistelrooy.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini