Tumpuan :
Sukan

UCL: Arsenal hampir pasti ke pusingan 16 terakhir

Penyerang Arsenal, Kai Havertz menanduk masuk gol kedua pasukannya melepasi penjaga gol Dinamo Zagreb, Ivan Nevistic. -FOTO REUTERS

LONDON: Arsenal tampil cemerlang dengan menewaskan Dinamo Zagreb 3-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi, dan semakin hampir untuk memastikan tempat mereka dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Declan Rice, Kai Havertz, dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

Rice menjaringkan gol seawal minit kedua selepas menerima hantaran bijak daripada Havertz.

Havertz menggandakan kelebihan Arsenal dengan tandukan pada minit ke-66 sekaligus mempelihatkan penguasaan penuh permainan oleh anak-anak buah Mikel Arteta itu.

Kapten pasukan, Odegaard melengkapkan kemenangan klinikal Arsenal dengan gol ketiga pada masa tambahan, yang juga merupakan gol pertamanya dalam 14 perlawanan di semua pertandingan.

Berbaki satu lagi perlawanan, Arsenal kini menduduki tempat ketiga dalam carta liga 36 pasukan di belakang pendahulu Liverpool dan Barcelona di tempat kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini