KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakukan kejutan apabila pemain dari Jepun Kanta Tsuneyama menjadi mangsa terbaharunya di separuh akhir Terbuka Arctic, Finland.
Tze Yong 23 tahun, tidak menghadapi kesukaran untuk menewaskan pilihan ketujuh kejohanan 21-12, 21-16 sekali gus menempa tempat di pentas final.
Tze Yong tidak menghadapi masalah apabila hanya memerlukan 46 minit untuk mengusir keluar wakil dari Jepun itu.
Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong melebarkan rekod kemenangan ke atas Tsuneyama selepas tiga pertemuan yang kesemuanya memihak kepada pemain muda negara.
Menantinya di final nanti sama ada rakan senegara, Lee Zii Jia atau pemain Denmark, Anders Antonsen yang akan turun sebentar lagi.
Sementara perjuangan beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei terhenti di separuh akhir selepas tewas 21-17, 13-21, 14-21 kepada Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin dari China.
Meskipun menang set pertama namun mereka gagal mengekang kebangkitan lawan untuk memenangi set kedua dan ketiga.