Tumpuan :
Sukan

Tze Yong ada peluang rangkul juara

Foto: BAM/ Facebook

PETALING JAYA: Tanpa kehadiran pemain ternama dunia, peluang buat perseorangan negara Ng Tze Yong untuk meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir, pada  Badminton Terbuka Hylo  yang berlangsung di Saarbrucken, Jerman.

Memasukki pusingan kedua, Tze Yong yang diletakkan pilihan ke-4 akan menentang pemain Republik Czech, Jan Louda malam ini.

Dijangka tidak berdepan masalah mengenepikan pemain ke-47 dunia itu, menanti Tze Yong pada suku akhir pemenang di antara Tomo Popov dari Perancis  dan pemain Finland, Kalle  Koljonen.

Popov mendudukki ranking ke-24 dunia manakala Koljonen ke-55.

Berdasarkan penyertaan Terbuka Hylo siri jelajah BWF  Super 300  yang menawarkan wang tunai keseluruhan 210 ribu dollar Amerika ini,  pemain ranking tertinggi dunia yang hadir, cuma  Chou Tien Chen dari Taiwan yang mendudukki ranking ke-13 dunia diikuti Tze Yong ke-15 dunia.

Manakala pemain kelompok 20 terbaik dunia ialah dua pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu (19 dunia) dan Ng Kar Long (20 dunia).

Memang di atas kertas, peluang amat cerah buat Tze Yong menamatkan kemarau kejuaraannya.

Selain Tze Yong turut beraksi pada pusingan kedua malam ini, dua beregu campuran yang baharu sahaja digugurkan daripada Program Road To Gold, Tan Kian Meng / Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat / Shevon Lan serta beregu lelaki Ong Yew Sin / Teo Ee Yi.

Kian Meng / Pei Jing akan menentang pilihan ke-5 Robin Tabeling dan Salena Piek dari Belanda,  Soon Huat / Shevon berdepan Tang Chun Man / Tse Ying Suet dari Taiwan, manakala Yew Sin / Ee Yi bertemu beregu China, Chen Bo Yang / Liu Yi

Loading...
Terkini