comscore
Tumpuan :
Sukan

Tumbangkan Denmark, Malaysia layak ke separuh akhir Kejuaraan Dunia Remaja Berpasukan Campuran

FOTO: BAM / Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

JIANGXI: Skuad negara mengekalkan kecemerlangan dalam saingan Piala Suhandinata apabila membenam cabaran Denmark di fasa suku akhir sebentar tadi.

Anak buah Jeffer Rosobin merakam keputusan 110 berbalas 85 yang menyaksikan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan 10-0.

Kesemua wakil negara menerusi masing-masing dua beregu campuran (BC), perseorangan perempuan (PP), perseorangan lelaki (PL), beregu perempuan (BP) dan beregu lelaki (BL) kekal fokus mempertahan rekod bersih sepanjang lima perlawanan di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang setakat ini.

Satu lagi halangan menanti untuk cuba melangkah ke perlawanan akhir ialah, gergasi Asia, China yang akan ditentang esok selepas mengatasi Taiwan 110-74 dalam di suku akhir.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium emas selaku juara ialah pada 2011 di Taiwan.

Keputusan:

PP1 – Ong Xin Yee mng Kajsa Van Dalm 11-8BL2 – Faiq Masawi/ Lok Hong Quan mng Philip Boe/ Jakob Jessen 22-12

BC1 – Kang Khai Xing/ Dania Sofea mng Otto Reiler/ Amanda Petersen 33-21

BP1 – Dania Sofea/ Carmen Ting mng Anna Nielsen/ Amanda Peterson 44-27

PL1 – Faiq Masawi mng William Bøgebjerg 55-38

PP2- Ong Xin Yee mng Kajsa Van Dalm 66-45

BL1 – Kang Khai Xing/ Aaron Tai mng Robert Nebel/ Otto Reiler 77-50

BC1 – Aaron Tai/ Carmen Ting mng Otto Reiler/ Amanda Peterson 88-63

BP2 – Ong Xin Yee/ Carmen Ting mng Anna Sofie Nielsen/ Amanda Peterson 99-73

PL2 – Sng Wei Ming mng Solomon Thomasen 110-85

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini