comscore
Tumpuan :
Sukan

TSG juara keseluruhan Tour de Banyuwangi

KUALA LUMPUR: Skuad basikal lebuhraya yang berpengkalan di Kuala Terengganu, Terengganu Cycling Team (TSG) cipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan jelajah Tour De Banyuwangi, Indonesia yang berakhir petang tadi.

Ia menyaksikan pakar mendaki TSG, Merhawi Kudus Ghebremedhin bolot dua jersi utama iaitu jersi polka-dot selaku Raja Bukit dan kuning-juara keseluruhan.

Saingan terakhir peringkat ke-4 bermula dari Boom Marina ke Ijen sejauh 162.8 kilometer menawarkan 3 zon pecut dan 3 cabaran pendakian.

Seramai 120 pelumba memulakan saingan dalam kelompok besar sebelum 4 pelumba membuat break-away di pertengahan saingan.

Tumpuan terarah kepada Kudus yang mendahului pelumba lain sebelum cemerlang membuat penamat solo dengan catatan masa 4 jam 34 minit dan 56 saat.

Rakan sepasukan Metkel Ayob di tempat kedua; ketinggalan hanya 1 minit 13 saat.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba TSG kelahiran Eritrea ini menyarung dua jersi utama iaitu polka dot Raja Bukit serta jersi kuning keseluruhan.

Ia turut menyumbang kejayaan sepasukan apabila ditabal pasukan terbaik yang diketuai pelumba negara, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini