comscore
Tumpuan :
Sukan

Tinggal Zii Jia teruskan cabaran Malaysia di Masters China

 

Goh Jin Wei gagal lepasi pusingan kedua, tewas kepada pilihan ke-3 tuan rumah, Chen Yu Fei. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Hanya tinggal Lee Zii Jia meneruskan cabaran skuad badminton negara  pada Kejohanan Masters China di Shenzen yang memasuki suku akhir esok.

Tiga lagi wakil negara tersingkir, terbaharu sebentar tadi, apabila perseorangan wanita Goh Jin Wei tewas pada aksi pusingan kedua.

Jin Wei tewas kepada pemain China, juga pilihan ketiga kejohanan, Chen Yu Fei 9-21, 16-21 dalam masa 36 minit.

Sebelum itu dua beregu lelaki negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut gagal melepasi pusingan kedua.

Pada suku akhir esok, Zii Jia akan menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

Zii Jia layak ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Lu Guang Zu 21-10, 21-11  manakala Nishimoto mengejutkan pilihan ke-4 dari Thailand,  Kunlavut Vitidsarn 21-15, 21-23, 21-10.

Loading...
Terkini