Tumpuan :
Sukan

Tiga wakil negara berentap pada suku akhir Badminton Terbuka Denmark

Lee Zii Jia.- FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Dua beregu lelaki gandingan Aaron Chia / Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin / Teo Ee Yi serta perseorangan lelaki Lee Zii Jia akan meneruskan cabaran negara pada suku akhir terbuka Denmark malam ini.

Memulakan saingan di gelanggang satu Jyske Bank Arena, Yew Sin dan Ee Yi yang berdepan pilihan ke-7 tuan rumah Kim Astrup dan Anders Astrup.

Yew Sin dan Ee Yi mara ke suku akhir selepas mengalahkan beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-17 22-20.

Aaron Chia & Soh Wooi Yik. – FOTO: NSTP

Ia disusulli pertemuan Aaron dan Wooi Yik di gelanggang dua menentang gandingan China, He Ji Ting dan Ren Xuang Yu.

Aaron dan Wooi Yik yang tampil selaku pilihan kelima, mengejutkan beregu berpengalaman Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 16-21 21-5 21-15 pada pusingan kedua semalam.

Ong Yew Sin & Teo Ee Yi. – FOTO: NSTP

Lee Zii Jia pula, yang diberi kemenangan percuma oleh pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen,  diharap mempunyai tenaga tambahan bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto

Loading...
Terkini