comscore
Tumpuan :
Sukan

Tiga aksi final sesama sendiri jadi impian 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Harapan peminat badminton tanah air menyaksikan pertembungan sesama sendiri tiga wakil negara pada aksi final Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 nampaknya hampir menjadi kenyataan.

Ia berikutan enam pemain negara bakal beraksi menerusi  perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu lelaki pada separuh akhir esok.

Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Aidil Sholeh Ali Sadikin menjadi pertaruhan Malaysia.

Jun Hao yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan akan berdepan wakil Korea Selatan Choi Ji Hoon.

FOTO: NSTP

Halangan Aidil pada saingan separuh akhir esok bagaimanapun lebih getir apabila dijadual menentang pilihan pertama dari Taiwan, Lee Chia Hao.

Pada suku akhir, Aidil turut dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Jason Teh Jia Heng dari Singapura 21-8, 5-21, 21-13.

Beregu campuran pula, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See yang tampil selaku pilihan pertama, akan menentang pilihan ke-7 dari Taiwan, Chen Zhi Ray dan Yang Chin Tun.

Manakala Choong Hong Jian dan Go Pei Kee, pilihan ke-4 berdepan lawan dari Thailand, Teeraratsakul Pakkapon dan Muenwong Phataimas.

Sementara dua beregu lelaki yang beraksi pada separuh akhir esok, pilihan ke-8 Nur Mohd Azriyn Ayub dan Tan Wee Kiong akan  menentang pasangan Taiwan, Chen Cheng Kuan dan Chen Sheng Fa.

Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong pilihan ke-3 pula, bertemu gandingan Korea Selatan Kim Young Hyuk dan Wang Chan, juga pilihan ke-5 kejohanan.

Aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa dijadual bermula jam satu petang esok.

Loading...
Terkini