Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
VIENTIANE: Kegagalan menyempurnakan kesempatan menjaringkan gol menjadi punca pasukan negara tersungkur di aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun 2025 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Kekurangan tersebut diakui jurulatih Javier Jorda Ribera yang menyifatkan barisannya kini mempunyai misi besar dalam tugasan kedua dan terakhir Ahad nanti.
“Kami sudah berusaha yang terbaik semalam, tetapi ia tidak mencukupi untuk memperoleh mata.
Tentunya berdepan Laos, kami perlu bertarung menjayakan misi kami, memandangkan Lubnan sudah menarik diri sekaligus menjadi detik penting beberapa hari ini.” kata Ribera semasa sesi persiapan pasukan di Laos hari ini.
Skuad bawah 16 tahun negara jelas mempunyai tugas getir kerana peluang untuk layak bergantung kepada perlawanan diantara UAE dan Laos esok dalam kumpulan H.
UAE hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk meraih slot automatik selaku juara kumpulan namun peluang Malaysia untuk kembali bersaing terbuka sekiranya tuan rumah berjaya mencatat kemenangan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.