Tumpuan :
Sukan

Tiada salah laku dalam kepimpinan BAM – SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika sidang media membabitkan perkembangan terkini operasi-operasi yang dijalankan oleh SPRM di Putrajaya. FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur salah laku ditemukan dalam siasatan terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini, BAM dipalit dengan kontroversi apabila terdapat dakwaan salah guna elaun yang dibangkitkan menerusi satu surat layang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan berhubung satu surat layang yang disebarkan sebelum ini sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu surat layang kepada SPRM berkaitan dakwaan salah laku seorang pegawai tinggi BAM yang dikatakan mengambil elaun tanpa kelulusan ahli majlis BAM.

“Siasatan sudah selesai dijalankan dan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada sebarang kes jenayah yang boleh dikenakan terhadap individu berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, SPRM sudah berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bagi memaklumkan berkenaan dapatan siasatan berkenaan.

“SPRM akan menghantar satu laporan penyiasatan lengkap berkaitan beberapa isu tata kelola dan tadbir urus yang perlu diberikan perhatian BAM untuk dibetulkan dan pihak BAM sendiri menyambut baik tentang perkara ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini