Tumpuan :
Sukan

Tiada penjualan, penggunaan alkohol pada Piala Dunia 2034

FOTO: Reuters

LONDON: Arab Saudi selaku tuan rumah Piala Dunia 2034 mengesahkan penjualan dan penggunaan minuman beralkohol tidak akan dibenarkan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Duta Arab Saudi ke United Kingdom, Putera Khalid bin Bandar Al Saud dalam satu temu bual bersama LBC Radio menegaskan bahawa negara tersebut tidak akan melonggarkan undang-undang Islam berkaitan alkohol.

Beliau menyatakan bahawa banyak aktiviti hiburan dapat dinikmati tanpa kehadiran alkohol dan menekankan bahawa budaya negara harus dihormati oleh semua pengunjung.

“Hanya minuman ringan akan disediakan di stadium, dan individu yang cuba menyeludup alkohol berdepan hukuman berat,” katanya.

Keputusan itu menjadikan Piala Dunia 2034 sebagai edisi kejohanan itu yang pertama melarang sepenuhnya alkohol, termasuk di hotel dan kawasan penyokong.

Untuk Rekod, semasa Piala Dunia 2022 di Qatar, penjualan alkohol dibenarkan di hotel-hotel berlesen dan kawasan tertentu.

Namun, penjualan alkohol di stadium adalah dilarang, menyebabkan perdebatan dalam kalangan peminat dan penaja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini