comscore
Tumpuan :
Sukan

‘The Black Cat’ meninggal dunia

Shaharudin Abdullah (pemain legenda Malaysia)

PETALING JAYA: Legenda bola sepak negara  Shaharudin Abdullah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Taiping pada usia 75 tahun akibat sesak nafas dan difahamkan arwah juga menghadapi masalah darah tinggi dan asma.

BuletinTV3 yang dimaklumkan oleh pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, arwah  menghembuskan nafas terakhir jam 5.07 pagi dan meninggalkan tujuh orang anak

Dikenali sebagai ‘The Black Cat’ dan  ‘Sharpshooter’ dek kelincahan dan ketajaman tindakan penyudahnya ketika zaman puncak, arwah adalah tonggak pasukan kebangsaan pada Sukan Olimpik Munich 1972.

Pengerusi YAKEB Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, ketika menziarahi Shaharudin Abdullah di Hospital Taiping Sabtu lalu.

Kepada media,  arwah yang juga  abang kepada seorang lagi legenda negara Allahyarham Namat Abdullah,  pernah meluahkan  perasaan bangganya beraksi di Munich kerana berpeluang berkongsi padang dengan pemain handalan dunia, antaranya penyerang terbilang Jerman Barat (sekarang Jerman)  Ewald Hammes dan Gerd Müller.

Malaysia tewas 0-3 kepada Jerman Barat, kalah 0-6 di tangan Maghribi tetapi mencuri tumpuan apabila menundukkan Amerika Syarikat 3-0.

Shaharudin Abdullah (enam dari kanan) bersama rakan pasukan ketika pulang dari Munich. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin.

Allahyarham beraksi untuk pasukan kebangsaan pada 1968 dan bersara pada 1981.

Manakala mewakili Pulau Pinang pada 1967-1982.

Menurut anak Allahyarham, Shahrina Shaharuddin, bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Silverstone di Taiping selepas solat Zohor hari ini.

Loading...
Terkini