Tumpuan :
Sukan

Thailand menang tipis ke atas Harimau Malaya

 Foto Facebook Football Association of Malaysia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BANGKOK: Kesilapan sendiri yang dilakukan pemain negara menyebabkan Malaysia kecundang 0-1 di tangan Thailand dalam aksi kedua Piala Asean AFF 2024.

Anak buah Pau Marti Vicente itu mempamerkan permainan baik dan bertenaga di Stadium Nasional Rajamangala, namun masih tidak memadai untuk membawa pulang mata.

Sepakan lemah penjaga gol Mohd Haziq Nadzli membolehkan Patrik Gustavsson tampil memanfaatkan peluang minit (m) ke-57 untuk menghasilkan gol pemisah kedua-dua pasukan.

Meskipun dibelenggu masalah pemain tonggak yang terhad selain dilabel membariskan pasukan kedua di kempen serantau kali ini, Harimau Malaya tetap mampu mencipta beberapa peluang keemasan menyebabkan tuan rumah lebih berhati-hati.

Kekalahan yang dialami skuad negara, menyebabkan Malaysia menghuni tangga ketiga kumpulan dengan empat mata, dibelakang Singapura di kedudukan kedua mengumpul enam mata bersama-sama pendahulu Thailand.

Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menewaskan Singapura dalam aksi terakhir kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil 20 Disember ini sekiranya ingin merampas posisi dua teratas untuk layak ke separuh akhir.

 

Loading...
Terkini