comscore
Tumpuan :
Sukan

Tewaskan Chile, skuad hoki kebangsaan buru tempat ke-5

FOTO: Ihsan MHC

MUSCAT: Skuad hoki kebangsaan negara bagaikan melepaskan geram menewaskan Chile 5-0 pada perlawanan klasifikasi 5 hingga 8 kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat Oman semalam.

Malaysia membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Rahim pada minit ke-32.

Selang dua minit kemudian Mohamad Ashran Hamsani menjadikan kedudukan 2-0 diikuti jaringan sudut penalti  Muhammad Marhan Mohd Jalil untuk Malaysia selesa di depan 3-0 pada minit ke-41.

FOTO: Ihsan MHC

Skuad bimbing Arul Selvaraj itu menambah gol keempat hasil jaringan padang Norsyafiq Sumantri pada minit ke-48 sebelum Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meyempurnakan pukulan penalti stroke untuk melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia.

Menceriakan kejayaan Malaysia, penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman dipilih selaku pemain terbaik perlawanan.

‘The Speedy Tigers’ akan menentang Kanada pada penentuan tempat ke-5 dan ke-6 malam ini.

Loading...
Terkini