comscore
Tumpuan :
Sukan

Terlepas Liverpool & Newcastle, Sheikh Khaled pilih Kedah Darul Aman FC

FOTO : KEDAH DARUL AMAN FC / FACEBOOK

KUALA LUMPUR: Kurang seminggu sahaja lagi sebelum saingan Liga Malaysia 2023 menyingkap tirainya, pasukan-pasukan bertanding memanfaatkan bahang dan kehangatan ketika ini dengan majlis pelancaran jersi masing-masing.

Pelbagai warna, corak dan konsep ditampilkan pasukan-pasukan kali ini dan ia sekali lagi menarik perhatian pengumpul-pengumpul jersi dalam dan luar negara.

Disebalik keterujaan itu, majlis pelancaran jersi Kedah Darul Aman (KDA FC) mendapat liputan di luar jangkaan.

Manakan tidak, peminat KDA FC dan pengumpul jersi buat pertama kalinya akan menyarung jersi dengan tajaan utama dari syarikat yang berpangkalan di Dubai, Bin Zayed International LLC.

Pemilik syarikat ini merupakan salah seorang kerabat diraja UAE, Sheikh Khaled Zayed Al Nahyan yang juga sepupu kepada pemilik Manchester City iaitu Sheikh Mansour.

Sheikh Khaled pernah membida untuk menjadi pemilik Liverpool dan Newcastle United pada 2018 dan 2019 namun tidak berhasil.

Walaupun tidak menjadi pemilik KDA FC, penglibatan Sheikh Khaled menerusi syarikatnya bakal mencetuskan fenomena baharu dikalangan peminat hijau kuning.

Loading...
Terkini