Tumpuan :
Sukan

Terjun sumbang pingat perak

Foto Penerjun negara di Universiade Chengdu.

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

Chengdu, China: Sukan terjun melengkapkan pencapaian pingat kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu apabila gandingan Kimberly Bong dan Ong Ker Ying merangkul pingat perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama di Jiangyang Cultural and Sports Center Natatorium sebentar tadi.

Kimberly dan Ker Ying beraksi konsisten melengkapkan lima terjunan dengan mengumpul 257.82 mata untuk pingat perak buat kem terjun Malaysia. Sekaligus memperbaiki pencapaian pingat gangsa yang pernah dimenangi oleh Malaysia di Universiade Shengzen 2011.

China menerusi gandingan Chen Jia dan Yang Ruiilin jauh di hadapan dengan pingat emas menerusi pungutan 330.75 mata.

Pingat gangsa acara ini dimenangi pasangan dari Itali, Neroni Elettra dan Borello Matildo dengan 237.30 mata keseluruhan.

Pencapaian ini menyaksikan kontinjen Malaysia sudah pun mengumpul 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa.

Loading...
Terkini