KUALA LUMPUR: Beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia hari ini selepas menyingkirkan beregu ranking ke-10 dunia, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.
Menariknya, pasangan ranking ke-14 dunia itu hanya mengambil masa 31 minit untuk menyingkirkan pilihan kelapan dari Taiwan dengan kemenangan 21-15, 21-13.
Sementara itu, rentak cemerlang kontinjen Malaysia diteruskan oleh beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Pasangan ranking keenam dunia itu tidak berdepan kesukaran untuk menewaskan beregu India, Sathish Kumar Karunamaran-Variyath Aadya, dengan keputusan 21-10, 21-17.
Di suku akhir, mereka bakal berdepan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi, yang berada di ranking ke-11 dunia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.