Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei bergaya ke suku akhir

Pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menang ketika menentang pemain Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tz pada kejohanan Badminton Petronas terbuka Malaysia di Axiata Arena. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi tanpa ‘belas kasihan’ ketika membenam cabaran gandingan Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu bagi mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Pasangan nombor lima dunia itu mempamerkan pengusaan penuh dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka turut mendapat sokongan padu ribuan penonton yang hadir di Axiata Arena untuk melakar kemenangan straight set 21-8, 21-14 dalam tempoh hanya 30 minit pada aksi pusingan kedua.

Tang Jie-Ee Wei yang masih segar dengan kejayaan muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China bulan lalu bermula garang apabila mendahului 7-1 di set pertama sebelum menang 21-8 dalam tempoh 13 minit.

Ming Che-En Tzu cuba bangkit di set kedua dengan memberikan tentangan sengit tetapi Tang Jie-Ee Wei tetapi corak permainan agresif Tang Jie-Ee Wei berjaya membantu mereka untuk melakar kemenangan straight set 21-14.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito bagi perebutan tiket ke separuh akhjr, esok.

Terdahulu, pasangan Jepun itu mara selepas menewaskan gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, 21-17, 21-17 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini