Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
BUKIT JALIL: Baki lagi tujuh wakil negara memulakan cabaran di pusingan pertama Terbuka Malaysia hari ini menyaksikan kemaraan gandingan profesional Goh Soon Huat – Shevon Lai.
Pilihan keempat itu beraksi 36 minit sahaja ketika merakam kemenangan straight set ke atas Presley Smith – Jennie Gai di Arena Axiata pagi ini.
Soon Huat – Shevon mencatat 21-15, 21-19 ke atas lawan dari Amerika Syarikat itu memastikan tempat di pusingan kedua esok.
Malaysia masih lagi menantikan wakil kedua dalam acara beregu lelaki berikutan kekalahan Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi – Yap Roy King.
Mereka berdepan kesukaran memberikan cabaran bermakna kepada Kim Won Ho – Seo Seung Jae yang menyebabkan kekalahan straight set.
Wan Arif – Roy King tunduk 17-21, 11-21 kepada beregu Korea Selatan itu sekaligus menamatkan kempen lebih awal di halaman sendiri kali ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.