Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia: Pang Ron-Su Yin dan Tien Ci-Chiew Sien terkandas awal

Pang Ron-Cheng Su Yin tewas selepas bertarung dengan pasangan dari Taiwan Lu Ming Che-Hung En-Tzu.

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BUKIT JALIL: Harapan dua pasangan beregu campuran negara untuk melangkah jauh di kejohanan Terbuka Malaysia berakhir awal selepas kedua-duanya tewas pada pusingan pertama, hari ini.

Pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa akur dengan kekalahan selepas bertarung sengit selama 66 minit menentang pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Hung En-Tzu.

Meskipun memberikan saingan hebat, Pang Ron-Su Yin banyak melakukan kesilapan pada mata-mata kritikal, membuka ruang kepada lawan untuk meraih kemenangan dengan keputusan 26-28, 21-14, 22-24.

Sementara itu, pasangan profesional negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, turut terkandas apabila tewas kepada pilihan kelima dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emmanuelle Widjaja.

Dejan-Gloria menunjukkan dominasi permainan dengan kemenangan straight set 21-12, 21-13, sekali gus menamatkan kempen Tien Ci-Chiew Sien dalam masa singkat.

Kekalahan itu menyaksikan cabaran beregu campuran negara di Terbuka Malaysia semakin mencabar, dengan hanya beberapa wakil lagi yang masih bersaing dalam kejohanan bertaraf Super 1000 ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini