Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
BUKIT JALIL: Kem beregu lelaki kembali menceriakan negara apabila Ong Yew Sin/ Teo Ee Yi menampilkan aksi mantap semasa melepasi halangan pertama Terbuka Malaysia.
Gandingan profesional itu menampilkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama kepada Fajar Alfian/ Mohd Rian Ardianto sebelum mengungguli dua permainan berikutnya.
Mereka yang pernah membawa pulang pingat gangsa Kejuaraan Dunia 2021 terlebih dahulu dihampakan 15-21, sebelum mencatat 21-17 dan 21-13 menerusi permainan baik serta menghiburkan ke atas pilihan keempat dari Indonesia itu di Arena Axiata.
Keputusan tersebut memastikan Malaysia mempunyai dua wakil di peringkat kedua esok, selepas pemain kebangsaan Man Wei Chong/ Tee Kai Wun turut menewaskan lawan di aksi pembukaan semalam.
Menanti Yew Sin/ Ee Yi ialah pemenang perlawanan diantara Jing Yong/ Kang Min Hyuk dari Korea Selatan dengan pasangan Taiwan Lin Yu Chieh/ Chen Zhi Ray.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
Sukan
Terbuka Malaysia: Kemenangan Yew Sin/ Ee Yi gegarkan Arena Axiata
Loading...
Terkini