Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia: Gandingan Taiwan singkir beregu nombor satu dunia

Astrup-Rasmussen tewas di tangan gandingan Taiwan Wang Chi Lin-Chiu Hsiang Chieh dalam tempoh 62 minit. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, hari ini.

Gandingan Taiwan, Wang Chi Lin-Chiu Hsiang Chieh menewaskan Astrup-Rasmussen 21-16, 18-21, 22-20 dalam satu pertarungan yang berlangsung selama 62 minit.

Bulan lalu, Astrup-Rasmussen sebelum ini muncul juara Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China selepas menewaskan beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di pentas final.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini