Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
BUKIT JALIL: Kejadian tidak diduga berlaku di hari pembukaan Terbuka Malaysia apabila dua perlawanan terpaksa ditangguhkan gara-gara air yang membasahi gelanggang permainan.
Situasi atap bocor akibat cuaca hujan lebat di Arena Axiata pada sebelah petang pastinya sedikit sebanyak mencalar imej Malaysia yang sentiasa diangkat selaku penganjur cemerlang.
Kebocoran di beberapa tempat menyebabkan dua gelanggang ditutup buat sementara sekaligus menyaksikan aksi terbabit dihentikan.
Beregu kebangsaan Go Pei Kee/ Teoh Mei Xing ketika itu sedang ketinggalan 10-11 kepada Jia Yi Fan/ Zhang Shu Xian dari China pada set pertama di gelanggang dua.
Turut menerima kesan ialah gelanggang tiga yang menemukan wakil Kanada Brian Yang/ H. S. Prannoy dari India.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.