Tumpuan :
Sukan

Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik terkandas di pusingan kedua

Wooi Yik (kiri) dan Aaron tewas kepada gandingan kembar dari Taiwan di pusingan kedua Terbuka Malahysia, hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Impian untuk melihat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah lebih jauh tidak kesampaian apabila mereka tumpas kepada gandingan kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen di pusingan kedua Terbuka Malaysia sebentar tadi.

Meskipun turun selaku pemain pilihan kelima, permainan mereka seperti tidak menjadi dan beberapa kesilapan mudah yang dilakukan membolehkan Fang Chih-Fang Jen menang straight set 14-21, 18-21 dalam masa 46 minit.

Di set pertama, bekas juara dunia itu seperti mencari rentak permainan sebenar apabila gaya permainan yang ditampilkan hari ini serba tidak menjadi terutama melalui pukulan smash untuk mendapatkan mata tapi mudah diangkat oleh lawan dan terpaksa akur tewas permainan pertama.

Beraksi di tempat sendiri dengan sorokan padu daripada penyokong setia tuan rumah, mereka cuba memperkemaskan rentak permainan serta strategi dengan harapan mampu mencipta kebangkitan untuk mengheret perlawanan ke set penetuan.

Namun begitu, lawan yang berada di ranking ke-27 dunia itu ternyata lebih bersedia untuk menafikan kebangkitan itu dan menutup permainan set kedua dengan kemenangan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini