Tumpuan :
Sukan

Terbuka Korea: Pei Jing tebus kekecewaan, mara ke pusingan kedua beregu campuran

Kian Meng-Pei Jing ke pusingan kedua Terbuka Korea tewaskan beregu Amerika Syarikat Presley Smith-Allison Lee. Foto: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Kandas awal bersama gandingannya, Lim Chiew Sien dalam aksi beregu wanita, Lai Pei Jing membuktikan tidak mudah berputus asa apabila meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Korea menerusi acara beregu campuran.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo, Pei Jing bersama pasangannya Tan Kian Meng mudah mengalahkan beregu Amerika Syarikat, Presley Smith-Allison Lee 21-14 21-11 dalam tempoh 29 minit.

Pada pusingan kedua esok Kian Meng-Pei Jing menanti pemenang di antara Yang Po Hsuan -Hu Ling Fan dan Chen Cheng Kuan-Hsu Yin Hui, kedua-dua beregu dari Taiwan.

Pei Jing-Chiew Sien, dalam acara beregu wanita sebelum itu kalah kepada gandingan Taiwan, Sung Yu Hsuan-Wang Yu Qiao 15-21,11- 21 pada aksi pusingan pertama.

Pada saingan Terbuka Korea siri jelajah dunia Super 500 ini, selain Kian Meng-Pei Jing, Malaysia turut menampikan lima lagi beregu campuran. antaranya Chen Tan Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat- Shevon Lai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini