comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Denmark: Aaron, Wooi Yik muncul juara

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan kemarau penantian enam tahun sejak digandingkan apabila meraih gelaran Jelajah Dunia BWF pertama di Terbuka Denmark, sebentar tadi.

Sejak mula digandingkan bersama pada 2017, Aaron-Wooi Yik sering dikecewakan terutama di pentas final dan kejayaan ini menambah koleksi mereka selepas meraih gelaran dunia di Tokyo pada 2022.

Pada aksi final di Arena Jyske Bank, Odense, beregu ranking keempat dunia itu berjaya mengatasi lawan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dengan keputusan straight set 21-13, 21-17 dalam tempoh 33 minit .

Pertemuan itu adalah yang keempat buat kedua-dua beregu dengan sebelum ini, Aaron-Wooi Yik meraih tiga kemenangan – terbaru di pusingan kedua Terbuka Jepun, Julai lalu.

Atas kejayaan di Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 itu, Olahragawan 2022, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai US$62,900 (RM299,875) dan 11,000 mata BWF.

Aaron-Wooi Yik selepas ini dijadual menyertai Terbuka Perancis yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 29 Oktober.

Loading...
Terkini