comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik lepasi pusingan pertama

Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – Foto fail

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen di Terbuka Denmark dengan langkah kanan tetapi terpaksa ‘berpeluh’ sebelum melepasi halangan pusingan pertama, hari ini.

Sekalipun memenangi perlawanan dengan keputusan straight set, pasangan ranking empat dunia itu disaing hebat pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dengan set pertama berakhir 28-26.

Tidak mahu situasi sama berulang, persembahan lebih baik ditampilkan Aaron-Wooi Yik dengan menamatkan set kedua dengan keputusan 21-11 pada aksi di aksi di Arena Fyn, Odense itu.

Kemenangan ke atas pasangan beregu ranking ke-19 dunia menyaksikan Aaron-Wooi Yik berkemungkinan menempah pertemuan dengan satu lagi pasangan negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun di pusingan kedua.

Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking ke-15 dunia sepatutnya tidak bermasalah untuk melepasi pusingan pertama apabila dijadual melawan pasangan ranking 69 dunia dari England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen.

Sementara itu, perjalanan beregu campuran profesional negara yang juga finalis Terbuka China, Goh Soon Huat-Shevon Lai berakhir di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan bukan pilihan dari Perancis, Thon Gicquel-Delphine Delrue.

Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, pasangan suami isteri itu tewas dalam perlawanan tiga set 21-9, 22-24, 10-21 dalam tempoh 60 minit.

Sebagai info, Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 BWF (Persekutuan Badminton Dunia) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$850,000 (RM3.66 juta).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini