comscore
Tumpuan :
Sukan

Terbuka Artik: Impian Pearly-Thinaah tidak kesampaian

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Impian beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah untuk mengikuti jejak langkah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland tidak kesampaian apabila kecundang di pentas final.

Pada aksi akhir di Energia Areena, Pearly-Thinaah yang juga juara Terbuka Hong Kong itu tewas di tangan beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 12-21, 17-21 dalam tempoh 58 minit.

Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking ketujuh dunia bagaikan tidak mempunyai jawapan untuk mengekang kebangkitan Sheng Shu-Tan Ning.

Kemenangan itu menyaksikan Sheng Shu-Tan Ning berjaya membalas dendam tewas kepada Pearly-Thinaah 14-21, 14-21 di Terbuka Hong Kong September lalu.

Ia adalah kekalahan kelima Pearly-Thinaah kepada beregu yang menghuni ranking kedua dunia daripada lapan pertemuan sebelum ini.

Bagaimanapun beregu wanita negara itu boleh menebus kehampaan di Terbuka Artik apabila turun beraksi di Terbuka Denmark minggu depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini