Tumpuan :
Nasional

Terbuka Arctic – Ng Tze Yong sahkan wakil ke-3 negara ke separuh akhir

PETALING JAYA: Ng Tze Yong mara ke separuh akhir Terbuka Arctic di Finland menyaksikan Malaysia setakat ini sudah memiliki tiga wakil pada  saingan kelompok empat terbaik esok.

Pada suku akhir sebentar tadi, Tze Yong menundukkan pemain China Lu Guang Zu, juga pilihan ke-4 kejohanan.

Set pertama,  kawalan gelanggang kemas Tze Yong nyata menyukarkan  Guang Zu membolehkan perseorangan negara  yang kini berada di kedudukan ke-10 dunia menang 21-11.

Persaingan set kedua  nyata lebih seimbang apabila Guang Zu mula mendapat rentak.

Namun Tze Yong menunjukkan kematangannya untuk mengakhiri cabaran Guang Zu menerusi kemenangan 21-18 selepas pertarungan memakan masa 52 minit.

Separuh akhir esok Tze Yong bakal berdepan pilihan ke-7 dari Jepun Kanta Tsuneyama yang mara selepas mengalahkan lawan dari China, Lei Lan Xi,  21-19, 21-12.

Tiga lagi wakil negara akan beraksi pada suku akhir malam ini, dua beregu lelaki Ong Yew Sin / Teo Ee Yi dan Man Wei Chong / Kai Wun Tee serta pertembungan sesama sendiri perseorangan lelaki Lee Zii Jia menentang Leong Jun Hao.

Loading...
Terkini