comscore
Tumpuan :
Sukan

Ten Hag sah kekal di Old Trafford

FOTO: Reuters

LONDON: Erik ten Hag menandatangani penjanjian baharu bersama Manchester United menyaksikan dia akan kekal sebagai pengurus pasukan di Old Trafford sehingga 2026.

“Ten Hag membaharui kontrak sebagai pengurus pasukan utama sehingga Jun 2026,”  menurut kenyataan yang dikeluarkan United hari ini.

Masa depan bekas pengurus Ajax berusia 54 tahun itu memiliki kontrak yang sepatutnya  berakhir pada 2025 menjadi tanda tanya apabila United megharungi musim hambar sekadar menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ke-8 musim ini.

Namun Ten Hag pada saat akhir berjaya menyelamatkan kariernya di Old Trafford apabila mengesahkan tempat ke saingan Eropah musim depan apabila menjuarai Piala FA mengejutkan juara Liga Perdana Manchester City 2-1 pada aksi final.

“Menyoroti pencapaian dua tahun lalu, kami seharusnya berbangga dengan dua trofi selain beberapa peningkatan sebelum saya menyertai United.

‘Bagaimanapun kami harus menyedari masih banyak yang mesti dilakukan untuk mencapai sesuatu yang diharapkan setaraf United, bermakna memberi cabaran dalam saingan tempatan dan Eropah,” kata Ten Hag.

Pengarah Sukan United, Dan Ashworth pula berkata, “Dengan dua trofi dalam dua musim, Erik telah memperkukuhkan rekod sebagai pengurus yang berjaya di Eropah”.

Pada musim pertama Ten hag di Old Trafford menyaksikan dia bejaya menamatkan kemarau enam tahun kejuaraan United apabila memenangi Piala Liga dan menamatkan saingan di tempat ke-3 liga.

Namun meniti musim 2023/24 United gagal mengekalkan kecemerlangan antara sebabnya dilanda masalah kecederaan pemain  yang menjurus prestasi buruk pasukan seterusnya mendudukki tangga ke-8 liga, pencapaian terburuk United sejak 1990. lebih malang United tersingkir seawal peringkat kumpulan pada saingan Liga Liga Juara-Juara Eropah.

United memulakan kempen Liga Perdana 2024/25 menentang Fulham pada 16 Ogos di Old Trafford.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini