Tumpuan :
Sukan

Tekad Corbin teruskan momentum kemenangan

Corbin mahu pastikan Harimau Malaya pulang bawqa tiga mata dari Taipei.-Foto: FAM

SEPANG: Meskipun rekod pertemuan menentang Taiwan pada dua aksi terakhir memihak lawan, Harimau Malaya bertekad mahu meneruskan momentum kemenangan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei.

Itulah azam  yang dibawa pertahanan kiri skuad kebangsaan, La’Vere Corbin Ong ketika bercakap kepada pihak media  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas ke Taipei.

Bagi Corbin, 32, skuad kendalian Kim Pan Gon harus meneruskan prestasi baik dan rentak kemenangan selepas kejayaan  dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan yang mendudukki ranking ke-97 dunia pada aksi sulung Kumpulan D kelayakan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lepas.

“Saya rasa pasukan tahu apa-apa yang kurang daripada tiga mata, kami akan berasa kecewa lebih-lebih lagi menyedari kualiti dalam pasukan kami, kami percaya ia boleh dicapai, ” kata Corbin

Di atas kertas, Malaysia dengan di kedudukan ke-137 dunia berbanding Taiwan, ke-152.

“Bukannya kita mahu pandang rendah terhadap Taiwan tetapi kita pasukan yang lebih baik dan seharusnya bawa pulang tiga mata. Kami perlu meneruskan prestasi baik daripada perlawanan sebelum ini,”  ujar Corbin pemain yang dikenali kerap melakukan asakan dari bawah membantu jentera serangan.

Dalam tiga aksi terakhir menentang Taiwan sebelum ini, skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 di Bukit Jalil pada aksi kelayakan Piala Dunia pada 2011, namun tewas 2-3 pada aksi timbal balik di Taipei dalam kempen kelayakan sama dan 0-2 pada aksi persahabatan pada 2018, juga di gelanggang lawan.

Loading...
Terkini