Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin
HANGZHOU: Pertarungan Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei dengan Zheng Si Wei/ Huang Ya Qiong merebut gelaran juara penutup tirai kalendar tahun 2024 berakhir dengan kemenangan kepada pemain tuan rumah.
Beregu campuran kebangsaan itu memperaga permainan melawan serta dramatik yang berpanjangan ke tiga set.
Wakil China itu terlebih dahulu menang 21-18 sebelum Tang Jie/ Ee Wei membalas dengan keputusan 21-14 untuk mengheret ke perlawanan rubber.
Debaran dan tekanan yang kian memuncak menyebabkan Si We/ Ya Qiong mengambil kesempatan tiba ke mata 21 terlebih dahulu berbalas 17.
Kejayaan Akhir Jelajah Dunia BWF di Hangzhou merupakan gelaran kelima mereka termasuk pingat emas Sukan Olimpik Paris.
Kekalahan yang dialami selepas sejam 15 minit itu menyaksikan Tang Jie/ Ee Wei terus kempunan menewaskan lawan selepas lima pertembungan sejak Sukan Asia 2022.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.