PETALING JAYA: Gandingan campuran negara, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei terpaksa akur kehebatan beregu tuan rumah Dechapol Puavaranukroh – Sapsiree Taerattanachai apabila tumpas pada aksi final Masters Thailand di Bangkok sebentar tadi.
Set pertama Tang Jie – Ee Wei yang berada di ranking ke-9 dunia, tampak sukar mengimbangi penguasaan pasangan lawan yang mendapat sokongan padu penyokong sendiri dan tewas 12-21.
Penampilan beregu negara lebih menyakinkan pada set kedua apabila berjaya menyerap tekanan lawan.
Aksi mengejar mata berterusan menuju ke penghujung saingan.
Begitupun Dechapol – Sapsiree membuktikan status mereka selaku beregu nombor enam dunia apabila memastikan kejuaraan menamatkan set kedua 21-18 pada aksi yang berlarutan 49 minit itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.