comscore
Tumpuan :
Sukan

Tajikistan sindir Harimau Malaya 

Foto: FAM

SUBANG JAYA: Ketika isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih hangat diperkatakan, senario perlawanan akhir Pestabola Merdeka Malaysia-Pakistan malam esok tetap membahang.

Ia susulan perang psikologi bernada sinis ketua jurulatih Tajikistan, Peter Segrt yang menyatakan tiada sebab buat Harimau Malaya untuk tidak bergelar juara di hadapan penyokong sendiri.

Jurulatih kelahiran Croatia itu juga mendedahkan pasukannya tidak dibarisi 15 pemain utama berikutan pelbagai faktor, antaranya tidak diberi pelepasan kelab masing-masing selain faktor kecederaan.

Tambah Segrt, skuadnya kali ini adalah berbeza berbanding ketika menumpaskan Harimau Malaya pada aksi final Piala Raja Thai, tahun lalu.

Jurulatih berusia 57 tahun itu tanpa berselindung memberitahu, dia hanya mempertaruhkan pemain dibawah umur 21 tahun.

“Bayangkan pemain muda skuad kami ada yang berusia 16 tahun, pastinya perlawanan yang tidak mereka akan lupakan esok, kemungkinan kami tewas dan anda boleh menyalahkan saya kerana membawa pasukan ini, tetapi inilah barisan terbaik Tajikistan buat masa ini,

“Malaysia pasukan pilihan dan jika anda tidak menang lawan Tajikistan esok, bila lagi? Atau mungkin bila kami datang bersendirian atau membariskan hanya lima pemain,” ujar Segrt pada sidang pra perlawanan media.

Meskipun dibarisi pemain muda, Segrt menjanjikan saingan sengit yang akan diberikan kepada tuan rumah.

Segrt juga berharap pengadil perlawanan esok menjalankan tugas dengan adil dan profesional, tanpa terpengaruh dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Loading...
Terkini