PETALING JAYA: Gandingan Goh Sze Wei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan cabaran negara pada saingan Terbuka Jepun apabila mara ke separuh akhir dengan mengejutkan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto di Yokohama sebentar tadi.
Tampil selaku pilihan ke-8, Sze Wei-Izzuddin bermula meyakinkan menang set pertama 21-16.
Namun skrip set kedua nyata berbeza menyaksikan kebangkitan beregu Indonesia yang mudah menamatkan set kedua 21-10 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Aksi makin sengit dengan kedua-dua gandingan saling mengejar mata.
Begitupun Sze Wei-Izzuddin yang berada di ranking ke-12 dunia berbanding ke-6 lawan, bijak menyerap tekanan dan memerangkap lawan dengan pukulan yang mengelirukan.
Selepas permainan berlarutan 54 minit, Sze Wei-Izzuddin mengesahkan tempat ke separuh akhir menamatkan set penentuan 21-16.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.