comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei/ Nur Izzuddin kembali temui rentak, lepasi peringkat awal di China

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHENZEN: Beregu sensasi negara Goh Sze Fei/ Nur Izzuddin Mohd Rumsani menempah kemaraan pusingan kedua Masters China.

Gandingan profesional itu mengambil masa 61 minit untuk menidakkan tentangan Kenya Mitsuhashi/ Hiroki Okamura dari Jepun.

Wakil negara itu pada mulanya tidak bernasib baik kecundang 21-23, namun kembali memperkemas semula permainan dengan kebangkitan mantap menerusi catatan 21-14, 21-13.

Kemenangan ranking kelapan dunia itu pastinya menyuntik semula keyakinan kedua-duanya selepas gagal melangkah jauh dalam dua saingan terakhir di Terbuka Denmark dan Masters Jepun sebelum ini.

Mereka mencatat prestasi memukau serta sejarah tersendiri semasa menjuarai Terbuka China dan Finland pada September dan Oktober lalu.

Loading...
Terkini