comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei / Izzuddin tinggalkan BAM, pilih status profesional

BUKIT KIARA: Satu lagi perkhabaran mengejutkan arena badminton tanah air apabila beregu lelaki Goh Sze Fei / Nur Izzuddin Mohd Rumsani memutuskan untuk meninggalkan pasukan kebangsaan.

Keputusan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu menyaksikan kedua-duanya bakal meneruskan karier selaku pemain profesional selepas ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky ketika ditanya juga tidak menafikan perkembangan terbaharu itu namun sedia menjelaskan pada sidang media khas bedah siasat skuad negara di Olimpik dijadual esok.

“Saya belum boleh komen setakat ini lah, kerana nanti saya harus menunggu apa-apa dari pengurusan serta perbincangan lain,” jawab Rexy hari ini.

Difahamkan, beregu berkenaan akan menuruti jejak langkah pemain perseorangan Lee Zii Jia dibawah jenama luar.

Sze Fei/ Nur Izuddin pernah berpisah pada Januari 2023 sebelum kembali bergandingan enam bulan kemudian.

Laporannya di segmen sukan Buletin Utama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini