comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei-Izzuddin tinggalkan BAM, gerak secara profesional 1 September ini

Sze Fei-Izzuddin bergerak selaku pemain profesional mulai 1 September ini. Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani sah bakal meninggalkan Persatuan badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara profesional bermula 1 September ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agong BAM, Datuk Kenny Goh dengan pihak persatuan menghormati keputusan yang dibuat gandingan ke-12 dunia itu.

“Saya pasti anda semua tahu yang mereka memohon untuk bergerak secara bebas (profesional), ini bukannya sesuatu yang baharu,” kata Kenny dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM kali ketiga bagi tahun 2024, hari ini.

“Jadi saya fikir selepas beberapa perbincangan, kami memahami dan menghormati keputusan mereka untuk meneruskan masa hadapan mereka secara bebas dan kami bersetuju untuk membebaskan mereka bermula 1 September ini.”

Terdahulu, terdapat laporan menyatakan Sze Fei-Izzuddin mahu meninggalkan badan induk itu untuk meneruskan karier mereka sebagai pemain profesional.

Difahamkan, pasangan itu akan mengikut jejak langkah pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dengan menyertai jenama luar.

Sze Fei dan Nur Izzuddin sebelum ini berpisah pada Januari tahun lalu sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini