comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Syaqiera perbaharui catatan peribadi, Korea Selatan lebur rekod dunia

FOTO: Olympic Council of Malaysia / Facebook

PARIS: Skuad memanah negara selesai melengkapkan penampilan awal mereka di acara memanah recurve dengan menyertai pusingan kelayakan sebentar tadi.

Syaqiera Mashayikh paling cemerlang apabila memperbaharui catatan peribadinya menerusi 663 mata bertempat di Les Invalides, Paris.

Korea Selatan unggul mendominasi dua tangga teratas, menyaksikan Lim Sihyeon meleburkan rekod dunia menerusi catatan 694 mata, diikuti Nam Suhyeon di tempa kedua yang mengumpul 688 mata sebagai catatan terbaik peribadinya.

FOTO: Olympic Council of Malaysia / Facebook

Malaysia yang mempunyai dua lagi wakil, iaitu Ariana Nur Dania Mohd Zairi berada di tangga ke-50 dengan 633 mata, sementara Nurul Azreena Mohd Fazil dengan catatan 622 di tempat ke-60 daripada 64 peserta.

Kesemua mereka dijadual beraksi dalam fasa seterusnya, iaitu menentang lawan masing-masing dalam format penyingkiran Selasa ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini