comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKMA: Sarawak tuan rumah SUKMA 2024, keseluruhan 32 sukan dipertandingkan

Sarawak diterima menjadi tuan rumah SUKMA edisi ke-21 tahun depan.

PUTRAJAYA: Negeri Sarawak diterima menjadi tuan rumah Temasya Sukan Malaysia SUKMA pada tahun 2024.

Ia diputuskan menerusi meysuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA hari ini yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun diantara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.” menurut kenyataan dikeluarkan Hannah selaku Pengerusi Jawatankuasa SUKMA.

Turut dimaklumkan ialah penganjuran edisi seterusnya pada 2026 oleh MSN disusuli persetujuan Kelantan mengadakannya pada tahun 2028 untuk memberikan mereka tempoh lebih panjang untuk membuat persiapan.

Jawatankuasa juga sudah meluluskan cadangan 28 sukan wajib dipertandingkan bermula tahun hadapan.

“Senarai 28 jenis sukan wajib yang akan dipertandingkan pada SUKMA 2024 ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuhraya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, hoki, judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw,
skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.” dalam kenyataan tersebut.

Sarawak selaku tuan rumah edisi ke-23 juga mendapat pilihan untuk memasukkan beberapa sukan tambahan dan memutuskan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sports) untuk dipertandingkan namun tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti peruntukan Peraturan Am Sukan Malaysia.

Jawatankuasa dan MSN juga merancang beberapa sesi libat urus dengan persatuan sukan kebangsaan (NSA) dan pemegang taruh untuk mengkaji membuka penyertaan lebih banyak sukan ke dalam SUKMA pada masa hadapan.

Loading...
Terkini